Motosikal

BELI YAMAHA NMAX BERNILAI RM8,742, GUNA 31 BEG PLASTIK BERISI SYILING

Sepasang suami isteri beli motosikal Yamaha All New NMAX menggunakan 31 beg plastik berisi duit syiling di Indonesia menjadi viral di media sosial.

Menurut Suara.com, Totok Tri Bartonnanto dan isterinya, Hasnaini menggunakan duit syiling yang mereka kumpul untuk membeli motosikal Yamaha All New NMAX berharga 31 juta rupiah (RM8,742) di sebuah kedai berdekatan bandar Samarinda, dalam wilayah Kalimantan Timur.

Menurut Hasnaini, wang tersebut adalah tabungan oleh dia dan suami sejak beberapa tahun lepas.

“Saya memang meminati motosikal jenama Yamaha dan sudah memiliki Yamaha Aerox di rumah kami.

“Kali ini, motosikal baharu dibeli atas nama saya sendiri,” ujarnya lagi.

Tambah wanita itu, dia dan suami memang sudah terbiasa mengumpul wang jika mahu membeli sesuatu dan tidak berasa pelik menggunakan duit syi­ling bagi membeli motosikal.

“Selagi ada nilai, tiada salah­nya. Terima kasih kepada kakitangan kedai Yamaha di sini yang membantu mengangkut puluhan plastik wang syiling kami yang digunakan untuk membayar harga motosikal baharu,” ujarnya. – agensi



Google ads
Back to top button