Buletin

JPJ AKAN MULAKAN SISTEM TENDER NOMBOR PLAT DALAM TALIAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem e-bidding bagi plat nombor kenderaan yang akan mula dijalankan pada 15 April nanti.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata dengan sistem itu, pembida tidak lagi perlu datang ke pejabat JPJ untuk mengemukakan tawaran mereka dan merupakan cara terbaik untuk menyambut ulang tahun ke-73 JPJ yang tahun ini membawa tema ‘Digitalisation towards Integrity’.

“E-bidaan akan bermula dengan siri FC … yang bermaksud nombor akan ditender dalam talian. Ia juga tidak terhad kepada negeri atau wilayah tertentu, rakyat Malaysia boleh membuat tawaran dari mana-mana sahaja,,” katanya kepada Bernama selepas muncul sebagai tetamu di Bernama Astro channel 502 semalam.

Tahun lepas, FB 1 mendapat catatan bidaan tertinggi iaitu RM660,000.

Pada 2016, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memenangi tender plat nombor F1 dengan tawaran RM836,660 selain daripada W1N pada 2014 dan WWW1 pada 2012 dengan tawaran RM748,000 dan RM520,000.

JPJ mengutip RM280 juta menerusi proses pembidaan untuk plat nombor pada 2017 manakala hasil melalui pembelian biasa ialah RM137 juta.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.jpj.gov.my.

KREDIT: BERNAMA

Google ads
Back to top button