Buletin

ABANG POLIS TRAFIK SEMPOI HANTAR PELAJAR DUDUKI PEPERIKSAAN

Anggota polis, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Konstabel Muhammad Khairul Azhar Abdullah tidak teragak-agak menghantar seorang pelajar ke sekolah menduduki peperiksaan.

Muhammad Khairul yang baharu sahaja selesai menjalankan tugas bertindak sedemikian selepas jalan biasa dilalui pelajar terbabit terpaksa ditutup berikutan terdapat kemalangan melibatkan dua buah lori.

Melalui ciapan Twitter Ruki, anggota polis itu sanggup membonceng pelajar berkenaan yang merupakan sepupunya ke sekolah bagi menduduki peperiksaaan, selepas jalan yang biasa dilalui terpaksa ditutup ekoran kemalangan melibatkan dua buah lori di Persiaran Utara.

“Terima kasih banyak abang polis @PDRMsia tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja. Jalan blocked, ada lori accident, dia ada exam pukul 9am. Maaf tak tau nama abang polis ni. Kalau tau tolong tag nama dia ya!,” kongsi beliau. -FB PDRM/Twitter Ruki

Google ads
Back to top button