Buletin

JPJ – ITU PALSU, MANA ADA NAIK CUKAI JALAN  

Pagi tadi, saya ada menerima satu mesej daripada aplikasi Whatsapp yang agak menjengkelkan. Dengan kenaikan harga banyak barang keperluan sejak akhir-akhir ini, berita sebegini pastinya menimbulkan rasa tidak puas hati semua orang.

jpj-viral-fake-2016-mekanika-3

Mesej itu menyatakan bahawa Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan kenaikan cukai jalan kereta sebanyak 25 peratus untuk kenderaan 880cc dan ke atas bermula 1 Januari depan.

Menurutnya, kenaikan turut melibatkan bayaran ansuran sebanyak 25 peratus juga. Jadi, jika benar, wang yang perlu dibayar oleh pengguna bukanlah sedikit. Berikut adalah contoh bayaran baru yang bakal dikenakan. Pengsan nak bayar ni.

jpj-viral-fake-2016-mekanika-2

Mujurlah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan mesej tersebut adalah palsu. Tiada kenaikan seperti yang didakwa, malah orang JPJ sendiri tidak tahu menahu mengenainya.

“JPJ menafikan terdapat pengumuman kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bermula Januari 2017. Informasi tersebut tidak tepat dan palsu. Jabatan ini memandang serius isu tersebut kerana ia boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masayarakat awam,” kata JPJ dalam satu kenyataan rasmi.

jpj-viral-fake-2016-mekanika-1

Kiranya, siapa yang buat pengumuman itu pangkat dia lagi tinggi daripada Ketua Pengarah JPJ atau Menteri Pengangkutan. Power!

Korang jangan nak gelak sangat. Korang pun ada yang share tadi kan? Bagi yang tak kuasa nak share berita-berita macam ni, tahniah and give me 5!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button