Buletin

JSJN KESAN TAKTIK TOKAN DADAH GUNA KHIDMAT PENGHANTAR MAKANAN

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengambil tindakan proaktif dengan menempatkan anggota bertugas di sekatan jalan raya (SJR).

Ia berikutan JSJN mengesan taktik pengedar dadah yang menggunakan perkhidmatan penghantar makanan bagi mengaburi mata pihak bekuasa menghantar bekalan barang larangan itu kepada ‘pelanggan’ mereka.

Dalam satu kenyataan,  JSJN memaklumkan mengesan taktik itu digunakan sekali lagi bagi mengaburi mata pihak berkuasa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.Justeru, anggota JSJN bertugas akan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas penghantar makanan bagi mengekang kegiatan itu.

“Perbuatan mereka (pengedar dadah) sekali gus menyusahkan penghantar makanan lain yang sedang berkerja.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah boleh menghubungi kami melalui aplikasi WhatsApp di talian hotline JSJN 012-2087222 yang beroperasi 24 jam. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” kata kenyataan itu. FB JSJN PDRM

Google ads
Back to top button