Buletin

TONY FERNANDES JADI PENGHANTAR MAKANAN

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkongsi pengalamannya menjadi penghantar makanan perkhidmatan baharu airasia food.

Dalam laman Instagram miliknya, Tony berkongsi gambar yang menunjukkannya sedang bersedia untuk melakukan kerja penghantaran makanan menggunakan motosikal lengkap dengan kotak simpanan makanan.

“Bersedia membuat penghantaran ke rumah anda. Sila lawati @airasiafood,” tulisnya ringkas.

airasia food merupakan platform dalam talian penghantaran makanan baharu yang menyokong perniagaan dan francais tempatan dalam tempoh sukar ini.

Syarikat penerbangan, AirAsia kini sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan berikutan sekatan pergerakan global berikutan penularan Covid-19.

Ia kini menumpukan usaha mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi perniagaan bukan penerbangan lain bagi menyokong operasi kumpulan.- Berita Harian

Google ads
Back to top button