Buletin

JUALAN PERODUA NAIK 5.7%

Perodua hari ini mengumumkan bahawa jualan kenderaannya meningkat sebanyak 5.7 peratus untuk sembilan bulan pertama tahun ini. Sebanyak 147,400 unit berjaya dijual berbanding 139,400 unit dalam tempoh sama tahun 2012.  Peningkatan itu didakwa berikutan pengenalan model S-Series pada Mac lalu.

Perodua Alza Advance Teaser

“Varian Perodua S-Series merangkumi hampir 48 peratus daripada jualan keseluruhan setakat ini dengan 40,700 unit. Kami amat terharu atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Operasi Perodua, Zahari Husin.

Jika dinilai berdasarkan kepada sukuan tahunan, jualan Perodua meningkat sebanyak  8.6 peratus kepada 50,500 unit paa suku ketiga 2013. Naik daripada 46,500 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Perodua_Viva_34_Back

Jualan Perodua pada September pula melonjak sehingga 26 peratus daripada 13,900 (tahun 2012) kepada 17,500 unit pada bulan lalu.

“Permintaan terhadap kenderaan Perodua kekal sihat dengan hampir 20,000 tempahan diterima pada September. Jika tiada aral melintang, kami yakin dapat mencapai sasaran jualan 194,000 unit pada tahun ini,” tambah Zahari.

b4e3f892e98a0c7286b8689a31b2337c

Menyentuh tentang aspek perkhidmatan selepas jualan pula, Perodua menyaksikan 1.42 juta kenderaan mengunjungi pusat-pusat servisnya di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan lalu. Ini merupakan peningkatan sebanyak 100,000 unit berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button