Buletin

KAPAL KONTENA MV EVER GIVEN HALANG TERUSAN SUEZ DILEPASKAN 7 JULAI INI

Kapal kontena Ever Given yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir kerana menghalang Terusan Suez pada Mac lalu, akan dilepaskan pada 7 Julai ini.

Keputusan itu dibuat selepas pihak berkuasa yang mengendalikan laluan penting tersebut memaklumkan perjanjian telah dicapai dengan pemilik kapal kontena tersebut.

MV Ever Given tersekat dalam kedudukan mengiring selepas dibadai ribut pada 23 Mac lalu, sehingga menghalang laluan perdagangan selama enam hari sebelum operasi dijalankan dapat melepaskan kapal kontena tersebut.

Mesir menyita kapal kontena milik syarikat Jepun, Shoei Kisen Kaisha bagi menuntut ganti rugi kos kerugian terusan serta semua perbelanjaan menyelamat dan penyelenggaraan di laluan air yang menghubungkan Asia dan Eropah.

Lembaga Terusan Canal dalam kenyataan memaklumkan satu majlis akan diadakan pada Rabu ini untuk menandakan perjanjian antara pemilik MV Ever Given dan pelepasan kapal tersebut.

Agensi itu bagaimanapun tidak menyatakan jumlah pampasan berkenaan.

Berdasarkan Lembaga Terusan Suez, Mesir kehilangan antara AS$12 juta (RM49.9 juta) dan AS$15 juta (RM62.38 juta) pendapatan harian sepanjang enam hari berkenaan- gulf news/reuters

Google ads
Back to top button