
SEKAT TERUSAN SUEZ, MESIR AKAN TUNTUT PAMPASAN
Mesir dilapor akan menuntut pampasan daripada pemilik kapal kontena Ever Given yang menyekat laluan Terusan Suez.
“Kami akan menuntut ganti rugi daripada pemilik berikutan sekatan kapal itu termasuk penggunaan kapal tunda, kami akan menuntut kos sepenuhnya,” kata pembantu Presiden Mesir mengenai pembangunan pelabuhan dan Terusan Suez, Laksamana Mohab Mamish.
Kapten kapal akan bertanggungjawab atas kejadian yang menyebabkan laluan Terusan Suez terhalang.
“Apa yang berlaku adalah tanggungjawab kapten kapal, terusan kita selamat,” kata Mamish.
Kontena seberat 224,000 tan itu tersekat sejak Selasa lalu setelah dibadai angin kencang dan ribut pasir menyebabkan laluan dagangan penting itu terjejas.
Menurut laporan antarabangsa, kejadian tersebut menyebabkan sistem laluan kapal di terusan itu tergendala dengan sekurang-kurangnya 321 kapal terpaksa menunggu. – Bernama
- BACA: SATU JAM, DUNIA KERUGIAN RM1.6 BILION AKIBAT KESESAKAN TERUSAN SUEZ
- BACA: TERUSAN SUEZ SESAK, KAPAL KARGO GERGASI HALANG LALUAN
- BACA: KAKITANGAN PERODUA JALIN KERJASAMA REKA BENTUK MODEL DAIHATSU. PADU BOSSKU!
- BACA: 7 LELAKI ROHINGYA DITAHAN TUNGGANG MOTOSIKAL RODA TIGA DIUBAH SUAI, TIADA LESEN MEMANDU






