Buletin

KAPAL KONTENA MELETUP DAN TERBAKAR DI PELABUHAN JEBEL ALI DUBAI

Sebuah kapal kontena meletup lalu terbakar di Jebel Ali Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Letupan yang berlaku di salah satu daripada pelabuhan terbesar di dunia itu turut menggegarkan hab komersial di UAE.

Menurut Al-Jazeera, gegaran dan kerosakan fizikal di bangunan turut dirasai sehingga 25 kilometer daripada pelabuhan berkenaan.

Sekurang-kurangnua tiga penduduk di kawasan sekitar pelabuhan mendengar letupan itu yang puncanya masih tidak diketahui tetapi tingkap-tingkap dan pintu di rumah mereka bergegar berikutan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya mengawal kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.

Pejabat Media Dubai menerusi Twitter berkata, kebakaran itu disebabkan letupan yang berlaku di atas sebuah kapal kontena di Pelabuhan Jebel Ali, namun dapat dikawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Polis Dubai berkata, terdapat 130 kontena dan 14 kru di atas kapal yang membawa muatan mudah terbakar manakala punca kejadian masih belum diketahui.

Pada tahun lalu, pelabuhan tersebut mengendalikan 13.5 juta kontena perkapalan. –Al-Jazeera/Reuters

Google ads
Back to top button