Buletin

KAPAL EVER GIVEN DILARANG TINGGALKAN TERUSAN SUEZ, KENA BAYAR PENALTI RM 4.1 BILLION

2 minggu lepas, satu dunia kecoh apabila kapal dagang Ever Given telah menyebabkan Terusan Suez mengalami kesesakan luar biasa apabila ia telah menghalang laluan perdagangan paling sibuk di dunia. Kapal Ever Given ini telah terbabas dan terkandas sehingga ia menyebabkan kerugian yang besar

Kerugian ini ditanggung oleh kapal lain yang melalui Terusan Suez apabila gagal menggerakkan barang dagangan ke seluruh dunia dan pemilik Terusan Suez iaitu kerajaan Mesir juga tidak dapat mengutip tol apabila kapal dagang lain tidak dapat melaluinya

Jadi pihak kerajaan Mesir telah mengenakan penalti yang tinggi iaitu sebanyak USD 1 billion atau RM 4.1 Billion kepada pemilik kapal Ever Given. Jika mereka gagal menjelaskan bayaran tersebut, kapal Ever Given dilarang meninggalkan Terusan Suez

“Kapal Ever Given akan berada di Terusan Suez sehinggalah siasatan insiden tersebut selesai dijalankan dan penalti dibayar sepenuhnya” ujar Lt. Gen. Osama Rabie, yang mengetuai Pusat Pemerintah Terusan Suez. “Kami harap semua pihak mencapai kata sepakat dan kapal Ever Given dibenarkan belayar apabila perjanjian dicapai”

Nilai 1 Billion USD yang dituntut oleh Mesir merangkumi perbelanjaan peralatan dan mesin yang digunakan untuk membebaskan kapal, membaiki kerosakan terusan serta membayar pampasan kepada 800 kontraktor tambahan untuk proses pembebasan kapal

Nilai tersebut juga merangkumi kos anggaran kerugian yang dialami oleh Mesir dengan 400 kapal gagal melalui terusan tersebut. Namun Rabie enggan mendedahkan bagaimana mereka memperolehi nilai 1 billion USD tersebut

Shoei Kisen Kaisha Ltd, syarikat Jepun yang menjadi pemilik kapal Ever Given mendedahkan mereka masih belum menerima permintaan rasmi kerajaan Mesir tersebut. Eric Hsieh, President Evergreen Marine Corp pula meminta kerajaan Mesir melepaskan kapal Ever Given kerana kos tersebut akan ditanggung oleh insurance

Dalam kejadian pada 23 Mac itu, kapal Ever Given sepanjang 1300 kaki tersebut telah dilanda ribut ketika melalui Terusan Suez sehingga menyebabkan ia terbabas dari laluan asal dan menghalang semua lalulintas Terusan Suez selama 7 hari

Berdasarkan pengalaman kami, insiden ini boleh diklasifikasikan sebagai Force Majeure dimana kejadian alam yang menyebabkan kemalangan berlaku dan bukannya salah kapten kapal.

Google ads
Back to top button