Buletin

KAPAL KONTENA HENTAM KREN PELABUHAN KAOHSIUNG SAMPAI RUNTUH

Sebuah kapal kontena melanggar kren overhead sehingga mengakibatnya runtuh lalu menghempap kontena penghantaran di Pelabuhan Kaohsiung, Taiwan.

Menurut laporan abcNEWS, dalam kejadian kira-kira pada pukul 11.30 pagi, kapal kontena sepanjang 316 meter dan berat 86,679 tan milik syarikat Orient Overseas (International) Ltd. berpangkalan di Hong Kong itu sedang dalam proses berlabuh sebelum melanggar kren berkenaan.

Dalam pada itu,Taiwan English News melaporkan, perlanggaran terbabit mengakibatkan satu daripada empat kren di pelabuhan tersebut runtuh dan mengenai beberapa kontena lain yang kemudiannya turut terjatuh.

Pekerja pelabuhan lari bertempiaran ketika kren tersebut jatuh, namun seorang pekerja cedera dan dua lagi terperangkap di bawah runtuhan kontena.

Bagaimanapun, pekerja yang terperangkap berjaya dikeluarkan pada kira-kira pukul 12.44 tengah hari dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pelabuhan Kaohsiung merupakan pelabuhan terbesar di Taiwan, dan ke-15 terbesar di dunia. -agensi

Google ads
Back to top button