
KEMPEN BAIKI V-BELT & BRAKE BOOSTER MMM
Perhatian untuk semua pemilik model Mitsubishi Lancer, Lancer Sportback, Lancer Evolution dan ASX yang dikeluarkan pada di antara tahun 2007 hingga 2010.
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini mengumumkan kempen pembaikan yang meminta pemilik model-model berkenaan datang untuk membuat pemeriksaan.
Proses tersebut akan melibatkan pemeriksaan komponen V-ribbed belt dan brake booster (model ASX sahaja). Sekiranya rosak, ia akan diganti secara percuma. Bagi pemilik kenderaan CKD, anda tidak perlu melalui pemeriksaan ini.
MMM akan menghantar surat kepada semua pelanggan yang terlibat tidak lama lagi. MMM juga meminta pelanggan untuk membuat temu janji dengan mana-mana pusat servis sah Mitsubishi berhampiran.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian: 1-800-18-6611.









