Buletin

MYVI BAHARU SUDAH BOLEH DITEMPAH

Perodua mengumumkan bahawa tempahan untuk model Myvi baharu sudah dibuka. Model kompak terlaris di pasaran tempatan itu menyaksikan beberapa penambahbaikan telah dibuat.

Perodua-Myvi-facelift-mekanika (2)

Kereta kompak pilihan ramai ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 15 Januari depan. Tak lama dah!

“Kami menjemput orang ramai untuk mengunjungi mana-mana daripada 182 bilik pameran kami untuk melihatnya dengan lebih dekat,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua-Myvi-facelift-mekanika (1)

Menawarkan nilai yang lebih baik, Myvi facelift ini hadir bersama standard keselamatan serta ciri yang  yang telah dipertingkatkan. Penambahbaikan itu dibuat selepas satu kaji selidik yang ekstensif dilakukan. Hasilnya, Perodua dapat menambah nilai sehingga RM3,800.

Untuk model berenjin 1.3 liter, Myvi ditawarkan dalam dua varian iaitu Standard G dan Premium X. Sementara  model 1.5 liter pula, anda boleh memilih di antara varian SE dan Advance.

Perodua-Myvi-facelift-mekanika (3)

Aspek keselamatan Myvi telah dinaik taraf kepada penarafan empat bintang oleh ASEAN NCAP. Ini dapat dicapai menerusi penambahbaikan struktur kenderaan.

Sempena pelancarannya, Myvi bakal didatangkan dengan dua warna baharu iaitu biru dan emas. Sekali gus menambah pilihan warna sedia ada seperti oren, ungu, perak dan putih.

Perodua-Myvi-facelift-mekanika (5)

Harganya? Myvi boleh anda miliki pada harga bermula RM41,500 hingga RM58,900 seunit di Semananjung Malaysia.

Untuk makluman, Myvi merupakan model Perodua yang paling berjaya apabila menjadi model terlaris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button