Buletin

KENDERAAN ELEKTRIK XIAMEN CHIEF BAKAL DIPERKENALKAN DI MALAYSIA

Ho Wah Genting Berhad (HWGB) dilapor bakal memperkenal siri kenderaan elektrik buatan XIAMEN CHIEF Electric Vehicle Co. Ltd (Xiamen Chief) ke pasaran Malaysia. 

Ditubuhkan pada tahun 2000, syarikat berkenaan bertanggungjawab dalam proses pembuatan, reka bentuk dan pembangunan EV serta alat gantinya. Ia menghasilkan banyak bas, buggy golf dan EV untuk kegunaan awam. 

Produk Xiamen Chief mendapat sambutan hangat di pusat pelancongan di bandar-bandar utama di China dan Asia Tenggara. EV keluarannya dilihat sangat sesuai digunakan untuk pusat peranginan, kawasan perumahan berpagar, laluan pejalan kaki di bandar, kilang-kilang, stadium, hospital dan penjara. 

Xiamen Chief juga mampu mereka bentuk dan menghasilkan pelbagai jenis EV bergantung kepada kehendak pelanggan. Ia menggunakan teknologi pengilangan EV tercanggih dari Amerika Syarikat. 

EV Xiamen Chief menawarkan pelbagai kelebihan kerana ia dibina menggunakan polimer gentian yang diperkukuhkan (FRP), transmisi bercekapan tinggi, penuh fungsi dan menarik. Ia mengeluarkan bunyi yang minimum dengan julat pecutan sekitar 35km/. 

Keselesaan kenderaan itu diperingkat dengan penggunaan struktur suspensi bebas. Selain boleh bergerak sejauh 120km dengan sekali caj.  

“Kami yakin kerjasama dengan Xiamen Chief akan dapat meningkatkan keupayaan kami untuk bersaing dalam pasaran EV di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HWGB, Dato’ Aaron Lim. 

Google ads
Back to top button