Buletin

1 UNIT JAGUAR E-TYPE REIMAGINED PERLUKAN 3,800 JAM UNTUK DIBANGUNKAN. HARGA RM2.4 JUTA!!!

Pada tahun ini, Jaguar E-Type yang merupakan antara jentera tercantik di dunia menyambut ulang tahun ke-60.

Helm Motors yang berpangkalan di United Kingdom merupakan syarikat ditubuhkan untuk proses restorasi dan memodenkan jentera ikonik Series 1 E-Type akan membangunkan sendiri Jaguar E-Type Reimagined sebagai tanda penghargaan.

Syarikat terbabit akan membangunkan sebanyak 20 unit Jaguar E-Type masing-masing dengan spesifikasi unik daripada pemiliknya.

Setiap unit terbaharu itu akan mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jentera asal berkenaan.

 Di bawah hud aluminium khusus jentera itu dilengkapi enjin 3.8 liter asli E-Type yang dibina semula yang mampu menjana kuasa 300 hp dipadankan transmisi lima kelajuan.

Jaguar E-Type Reimagined hanya memiliki berat kira-kira 1199 kg berikutan penggunaan bahan aluminium pada kereta tersebut.

Selain itu, rekaan elegan E-Type masih dikekalkan tetapi mendapat sentuhan moden, mewah dan teknologi terkini  dalam memberi keselesaan terutama dalam penggunaan seharian.

Antara ciri-ciri terbaharu termasuk power stereng elektronik, break hadapan aloi, suspensi boleh laras, skrin panas dan sistem pintu.

Ruang dalaman pula, ia didatangkan dengan kemasan khusus gabungan suede lembut dan kulit semi-aniline serta pencahayaan LED moden, sistem stereo Bluetooth dan penghawa dingin.

Jentera sport klasik berkenaan turut hadir dengan kulit premium pada bahagian roda stereng, handel pemegang dan suis togel.

Setiap unit Jaguar E-Type Reimagined mengambil masa kira-kira 3,800 jam untuk dibangunkan semula.

Model asas Jaguar E-Type Reimagined dijual pada harga bermula £420,000 (RM2.4 juta) – carbuzz

Google ads
Back to top button