,
Buletin

KERAJAAN PERTIMBANG TURUNKAN CUKAI KENDERAAN

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata ia melihat ada kemungkinan pengurangan duti eksais kenderaan sebagai cara yang yang akan dibuat untuk menurunkan harga kereta.

Meskipun pendapatan kerajaan akan berkurang, tetapi ia diyakinini akan diimbangi oleh kutipan cukai yang lebih baik mennerusi peningkatan jumlah jualan, kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Ong Kian Ming.

Beliau berkata pada keseluruhannya, ia akan memberi manfaat kepada pengguna, pemain industri dan kerajaan, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star.

“Kerajaan boleh mengutip cukai yang kurang bagi satu unit, tetapi apa sahaja pendapatan yang hilang oleh kementerian kewangan boleh diperoleh kembali dengan peningkatan jumlah jualan kerana harga kereta akan lebih rendah,” katanya.

“Pengilang peralatan (OEM) dapat menjual lebih banyak kereta, pengguna mendapat manfaat daripada harga kereta yang lebih rendah dan kementerian kewangan mendapat faedah apabila mendapat lebih banyak cukai eksais secara keseluruhan kerana peningkatan jumlah. Ini adalah sesuatu yang kita mahu lakukan untuk semua model kereta, “jelasnya.

Beliau turut memberitahu bahawa pemain industri akan memberi anggaran peningkatan jumlah jualan yang dijangka berdasarkan pengurangan cukai eksais ini. Pembekal alat ganti tempatan dan vendor OEM juga akan mendapat manfaat daripada langkah itu melalui peningkatan dalam aktiviti pemasangan tempatan (CKD).

Tags
Google ads
Back to top button