Artikel PilihanBuletin

SYARIKAT INSURANS DI AMERIKA BERI AMARAN KENDERAAN HYUNDAI DAN KIA MUDAH TERBAKAR

Hyundai dan Kia mungkin menghadapi masalah serius selepas Pusat Keselamatan Auto (Center For Auto Safety), sebuah NGO keselamatan automotif, memohon penarikan semula sebanyak 2.9 juta kereta dan SUV Kia dan Hyundai yang mungkin menyebabkan risiko kebakaran enjin.

Sejak 2010, lebih 200 aduan telah difailkan dan pembuat kenderaan Korea itu telah menarik semula 1.7 juta kenderaan yang dibina AS, 618,000 daripadanya adalah jenama Kia.

Menurut Associated Press, The Highway Loss Data Institute mendapati bahawa beberapa model Hyundai dan Kia yang dilengkapi dengan enjin empat silinder terbakar walaupun bukan dalam kemalangan.

Institut yang berpangkalan di Virginia itu menyerahkan penemuannya ke Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan AS yang sedang dalam proses menyiasat kebakaran enjin. Bagaimanapun  NHTSA tidak dapat menganalisis data dengan serta merta kerana penggantungan operasi kerajaan.

Hasil kajian tersebut menunjukkan penglibatan model Kia Optima keluaran 2011 hingga 2015, Hyundai Sonata 2011 hingga 2014, Kia Sorento 2011 hingga 2015, Hyundai Santa Fe 2011 hingga 2012 dan Hyundai Santa Fe Sport 2013 hingga 2014 semua mempunyai kadar tuntutan api lebih tinggi bagi setiap 10,000 kenderaan diinsuranskan.

Kesemuanya mempunyai kadar tuntutan kebakaran yang tinggi bagi setiap 10,000 kenderaan yang diinsuranskan.

Isu ini dipercayai berpunca dari bebola galas dalam enjin empat silinder 2.0 liter dan 2.4 liter, yang boleh terhakis dan menyebabkan kebakaran. Bagi membaiki masalah ini, penggantian blok enjin rumit mungkin diperlukan.

Google ads
Back to top button