Buletin

KIA CERATOKX – RM89,888

Ini merupakan model ketiga yang dilancarkan oleh Naza Kia pada tahun ini selepas Kia Optima K5 (Januari) dan Kia Sportage baharu pada Mac 2014. 

Kia-CeratoKx-Mekanika (1)

Ketua Pegawai Operasi Naza Kia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar memberitahu, pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 200 unit Kia CeratoKx sebulan, sekali gus akan membantu untuk mencapai sasaran jualan 600 unit Cerato setiap bulan.

Sejak dilancarkan pada Julai 2013, Cerato mencatatkan jualan sebanyak 1,753 unit. Manakala jualan untuk tahun 2014 sehingga kini adalah sebanyak 1,784 unit yang merangkumi 37 peratus jualan keseluruhan Naza Kia pada tahun ini.

Kia-CeratoKx-Mekanika (10)

Kia CeratoKx dilihat mengekalkan kebanyakan ciri terbaiknya. Namun, dengan pengurangan harga sekitar RM10,000 pasti ada ciri yang ditiadakan. Apa yang paling ketara pastinya jumlah beg udara yang dikurangkan daripada enam kepada dua.

Sistem kawalan cengkaman dan kestabilan juga ditiadakan. Namun, sedan kompak ini masih dilengkapi sistem brek ABS dengan EBD, Brake Assist dan ISOFIX.

Kia-CeratoKx-Mekanika (3)

Aspek mekanikal jentera ini bagaimanapun tidak berubah. Ia tetap menggunakan enjin Gamma empat silinder bersesaran 1.6 liter D-CVVT berkuasa 130PS dan tork maksimum 157Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Kia-CeratoKx-Mekanika (4)

Melihat penampilan luarannya, lampu utama Kia CeratoKx digantikan dengan lampu jenis halogen projektor yang dipadankan bersama LED Daytime Running Light (DRL). Lampu LED pada bahagian belakang juga ditukar dengan mentol biasa.

Kia-CeratoKx-Mekanika (2)

Menjengah ke ruang kabin Kia CeratoKx, perubahan melibatkan tempat duduk pemandu yang perlu dilaras secara manual, selain paparan skrin sentuh LCD bersaiz 8 inci dengan navigasi GPS dan Bluetooth. Antara ciri yang dikekalkan pula termasuklah sistem kunci pintar, butang penghidup enjin dan banyak lagi.

Jika anda menempah dan mendaftar sebuah Kia CeratoKx hari ini, anda layak menerima sekeping kad petrol bernilai RM1,000. Kia CeratoKx hadir bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button