Buletin

PROTON SAGA & PERSONA EXECUTIVE

PROTON Holdings Berhad (Proton) semalam melancarkan varian baharu untuk model Saga dan Persona. 

proton-saga-exec-mekanika

Dikenali sebagai Saga Executive dan Persona Executive, kedua-dua model tersebut menerima penambahbaikan dari segi kosmetik yang dijangka dapat menarik minat golongan muda.

Pembaharuan yang diterima oleh Saga Executive termasuklah bodykit monotone edisi khas, konsol tengah, corong pendingin hawa dan bahagian dalan hendal pintu  berwarna hitam satin. Selain tempat duduk kulit, kemasan lampu kabus hadapan berwarna kelabu dan perumah lampu belakang digelapkan.

Pemain audionya juga dilengkapi kemampuan Bluetooth bagi membolehkan pemandu menerima panggilan telefon secara bebas tangan. Model yang diposisikan di antara model Saga SV dan Saga 1.6 SE ini ditawarkan pada harga RM41,924 (MT) dan RM44,524 (AT). Ia didatangkan dalam hitam, merah, perak, biru, putih dan coklat.

proton-persona-exec-mekanika

Persona Executive pula menyaksikan pengenalan warna baharu iaitu coklat (Elegant Brown), selain enam warna sedia ada. Antara penambahbaikan yang diberikan kepada sedan ini termasuklah bodykit baharu, tempat duduk kulit, rim bersaiz 15 inci, setreng dengan suis kawalan audio, 4G WiFi (percuma untuk setahun), lampu kabus hadapan, spoiler belakang, hendal pintu dengan warna badan, kemasan krom di hadapan, decorative wings dan penlaras ketinggian untuk tempat duduk pemandu.

Harganya ialah RMRM49,938 (MT) dan RM44,524 (AT).

Proton Saga Executive dan Persona Executive kini sudah dibuka untuk tempahan. Tetapi model pameran di Sabah dan Sarawak hanya boleh didapati mulai 17 Julai 2014.

Saga Executive hadir bersama jaminan kilang selama tiga tahun dan perbatuan sejauh 60,000km. Manakala Persona Executive pula diberi jaminan selama dua tahun dan perbatuan sejauh 50,000km (mana-mana tiba dahulu).

“Sebagai komitmen untuk terus menambah baik rangkaian kenderaan kami, versi terbaharu daripada model terlaris ini pastinya memberikan pilihan yang berbaloi untuk wang tanpa berkompromi dengan aspek keselesaan, keselamatan, prestasi serta kualiti,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button