Buletin

KIA LANCAR K3/CERATO/FORTE DI KOREA SELATAN. WARNA BIRU BAHARU, LEBIH SPORTY

Kia akhirnya mendedahkan model sedan Kia K3 2022 atau turut dikenali sebagai Forte atau Cerato di pasaran lain. 

Walaupun hanya tiga keping foto diberikan, model yang dilancarkan di pasaran Korea Selatan itu menerima banyak perubahan besar untuk membezakannya dengan jentera terdahulu. 

Seperti yang boleh dilihat, model facelift berkenaan dipasang dengan sepasang lampu utama LED bersama DRL LED rekaan baharu. Kia juga telah mereka semula gril tiger nose dan meletakkan logo baharunya di bahagian atas. Bahagian bawah bampar juga baharu apabila mengikut bahasa rekaan sedan K5 yang lebih besar.

Di bahagian belakang, bar lampu LED melintang dari kini ke kanan menyerlahkan lagi sifatnya yang  sporty. Lampu undur diletakkan di bahagian bawah bampar. Sedan itu juga menggunakan warna biru baharu dan rim dua tona hitam/perak bersaiz 17 inci. 

Di ruang kabin, perubahan yang diterima ialah dari segi penggunaan skrin sentuh bersaiz 10.25 inci untuk sistem infohibur dan kluster instrumen digital yang juga bersaiz 10.25 inci. Katanya, kluster instrumen digital itu hanya ada pada varian tertinggi.

Manakala varian asas hanya akan menerima paparan digital bersaiz 4.2 inci dan skrin infohibr 8.0 inci.

Kia bagaimanapun masih tidak mendedahkan rangkaian kuasa untuk K3. 

Google ads
Back to top button