Motosikal

YAMAHA SR400 HOMAGE

Acara Wheels & Waves 2014 yang berlangsung di Bandar peranginan Biarritz, Perancis baru-baru ini dimeriahkan dengan kehadiran model custom Yamaha SR400 Homage. 

Yamaha-SR400-Homage-mekanika (5)

Jentera klasik tersebut diubah suai oleh adik beradik Benders (The Benders Brothers) yang datang dari Jerman. Adik beradik Benders, Christian dan Raphael merupakan peminat tegar model Yamaha XT500, sekali gus menjadikannya sebagai inspirasi dalam membina SR400 Homage.

Yamaha-SR400-Homage-mekanika (7)

Sebuah SR400 standard telah dibuka sepenuhnya dan dimodifikasi bagi memberikan jentera moden itu gaya vintaj yang rugged. Modifikasi yang dibuat termasuklah penutup enjin, pelindung rantai, triple tree, serta tuil brek dan gear.

Yamaha-SR400-Homage-mekanika (1)

Bar hendal krom, lampu klasik depan dan belakang ditambah, di samping pelindung sisi aloi dengan gaya TT500. Christian dan Raphael kemudian menambah sebuah ekzos scrambler custom, tempat duduk yang dipendekkan dan speedometer analog. Manakala rack belakang itu menyempurnakan lagi gaya vintajnya.

Yamaha-SR400-Homage-mekanika (4)

Lebih menarik lagi, berikutan penghasilan motosikal konsep ini, adik beradik Benders turut menawarkan satu set alat ganti yang membolehkan pemilik SR400 membina model Yard Built ‘Homage’ mereka sendiri.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button