Buletin

NAZA TUTUP KIA RED CUBE PETALING JAYA

Naza dilapor telah menutup pusat 3S Kia Red Cube Petaling Jaya yang mula dibuka pada tahun 2011.

Penutupan tersebut dilihat selari dengan laporan sebelum ini yang mana jenama Kia bakal bertukar tangan. Ada media menyatakan kemudahan itu akan diambil alih oleh jenama kereta dari China. 

Pusat 3S yang menjadi mercu tanda jenama Kia di Lembah Klang itu memiliki keluasan 49,213 kaki persegi dengan 14 ruang servis dan  mampu menyelenggara sehingga 35 buah kenderaan sehari. 

Red Cube Petaling Jaya merupakan premis pertama sebelum Red Cube Johor Bahru dan dan Red Cuba di Kawasan Perindustrian Semambu Kuantan dibuka pada 2014.

Red Cube 4S terakhir dibuka di Rawang yang melibatkan pelaburan sehingga RM5 juta. Cawangan itu juga dikatakan telah ditutup baru-baru ini. 

Malaysia merupakan negara kedua selepas Korea Selatan yang mengadaptasi konsep bilik pameran Red Cube. Konsep itu diilhamkan oleh Kia Motors Korea untuk meningkatkan lagi identiti jenama Kia. Di samping memberi pengalaman lebih baik kepada pelanggan. – DSF 

Google ads
Back to top button