Buletin

KOLABORASI RENAULT-NISSAN & MITSUBISHI

Gabungan Renault-Nissan dan Mitsubishi Motors Corp. baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan mengembangkan lagi kerjasama untuk membangunkan kenderaan baharu, termasuklah kereta kecil dan sedan bersaiz penuh. 

renault-nissan-alliance

Pengumuman tersebut dibuat selepas satu rombakan kepimpinan Nissan dilakukan pada minggu lalu yang menyaksikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Renault-Nissan, Carlos Ghosn menyatakan pihaknya perlu membaiki prestasi jualan yang kurang memberangsangkan.

Nissan Motor Co. yang merupakan pengeluar kenderaan kedua terbesar Jepun dan Mitsubishi akan membangunkan kenderaan kompak berdasarkan kepada kerjasama sama sedia ada. Produk tersebut akan dijual di pasaran global, tidak terkecuali kereta elektrik.

Kereta-Mini-Nissan-Mitsubishi-4

Kerjasama yang dikenali sebagai NMKV di antara kedua-dua pengeluar itu bermula pada tahun 2011. Mereka kini menjual model Nissan Dayz and Mitsubishi eK Wagon di pasaran Jepun.

“Nissan dan Mitsubishi Motors telah memperoleh manfaat daripada beberapa kolaborasi sebelum ini. Terbaharu kerjasama dalam menghasilkan model kei-car di Jepun,” kata Ghosn.

mekanika - Mitsu eK 1

Berdasarkan kepada hala tuju sekarang dan perbincangan di antara Renault dan Mitsubishi Motors, dua buah sedan akan dilancarkan di bawah jenama Mitsubishi. Sedan tersebut dibina menggunakan platform sedan Renault.

Sedan segmen D pertama akan dihasilkan di kilang Renault-Samsung di Busan, Korea Selatan. Sementara lokasi pengilangan untuk sedan kedua masih dalam perbincangan.

090610ren

Memetik laporan laman web autoevolution,  Mitsubishi mungkin akan menjual model Renault Latitude menggunakan jenamanya di pasaran Amerika Utara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button