
SAKSIKAN IKLAN KHAS SEMPENA ULANG TAHUN KE 90 NISSAN – BILA NAK KELUAR GTR BARU?
Kini genaplah usia 90 tahun Nissan Motor Co. Ia merupakan satu jangka masa yang panjang untuk jenama pengeluar syarikat Jepun yang popular ini. Untuk memperingati detik bersejarah ini, Nissan telah mengeluarkan video khas yang memaparkan model-model terbaik mereka selama sembilan dekad. Macam-macam model ada dari van kei sehinggalah kepada model-model mewah. Nissan Sunny Extra je takde.
Memang la sebab kebanyakan model yang dipaparkan ialah model JDM yang popular dalam pasaran Jepun. Koleksi kereta terbaik mereka memang cukup mengkagumkan. Barisan Fairlady Z dimulakan dengan model asal S30 selain model terbaru RZ34. Legasi Skyline GT-R diwakili oleh Hakosuka, R32 dan R35. Itu belum termasuk B10 Sunny, K11 March, P10 Primera, S13 Silvia, A31 Cefiro dan macam-macam lagi.
Tak cukup dengan satu video ada pula satu lagi video yang memaparkan kegemilangan Nissan dalam perlumbaan antaranya termasuklah sedutan perlumbaan Japan Touring Car Championship yang menyaksikan dominasi Calsonic R32 GT-R dalam perlumbaan tersebut.
Sudah tentu dua video pendek ini tidak mencukupi untuk memuatkan kesemua model hebat keluaran Nissan tapi ia sudah cukup untuk membuktikan kehebatan mereka kepada dunia. Semoga Nissan terus berkembang dan muncul dengan model-model yang lebih hebat.
Bila nak muncul GTR baharu ni? Asyik dok fokus dengan Nissan Z je.
