
MITSUBISHI eK CROSS DAN eK WAGON 2024 DIPERKENAL DI JEPUN, DARIPADA RM43 RIBU
Jika sebelum ini Mekanika laporkan tentang Nissan Dayz yang dipertingkat kini giliran kembar lain jenama iaitu Mitsubishi eK Cross dan eK Wagon.
Perubahan yang dibuat merangkumi kelengkapan keselamatan dan warna baharu dan masih mengekalkan rekaan sebelum ini.
Untuk kelengkapan keselamatan, beg udara lutut yang melindungi bahagian bawah badan pemandu dan tali pinggang keledar belakang dengan fungsi pra tegang dijadikan ciri asas kesemua varian.

eK Cross G Premium dan T Premium dilengkapi cermin pandang belakang digital dengan monitor pandangan sekeliling dan mempunyai fungsi pengesanan objek bergerak sebagai ciri asas.
Kamera belakang dan cermin dengan monitor pandangan belakang dan fungsi malap automatik dilengkapi pada kesemua varian.
Sistem Pembrekan Pencegahan Pelanggaran Berdepan (FCM) ditambah fungsi pengesanan penunggang basikal dan dilengkapi pada kesemua varian.
Pada bahagian dalam, eK Cross dilengkapi stereng dengan fungsi pemanas untuk keselesaan ketika memandu di musim sejuk.
eK Cross T dan T Premium ditambah pedal tukaran gear untuk pemanduan sporti.

Mitsubishi menawarkan sepuluh warna dengan lima warna tunggal dan lima dua tona untuk eK Cross. Empat daripadanya pilihan baharu.
Warna dua tona seperti Mist Blue Pearl dan Black Mica, Natural Ivory Metallic dan Ash Green Metallic, Titanium Gray Metallic dan Sunshine Orange Metallic dan satu warna tunggal Lightning Blue Mica.
ek Wagon pula ditawarkan dalam 11 warna dengan tiga dua tona dan lapan warna tunggal.
Warna yang ditawarkan ialah Mist Blue Pearl dan Oak Brown Metallic, Natural Ivory Metallic dan Black Mica, Lilac Pink Metallic dan White Solid.
Mist Blue Pearl dan Lilac Pink Metallic menjadi pilihan warna tunggal dan baru sahaja ditawarkan.

Dari segi rangkaian kuasa, Mitsubishi membahagikannya kepada tiga pilihan utama iaitu enjin 660cc turbo hibrid dan 660cc hibrid untuk eK Cross.
eK Wagon pula hanya digerakkan enjin 660cc naturally-aspirated dengan kesemua model dan varian menggunakan kotak gear CVT dan pilihan pacuan dua (2WD) atau empat roda (4WD).
Berkenaan harga, model asas eK wagon 2WD dijual pada 1,389,300 yen (RM43,689) dan 2,027,520Â yen (RM63,756) bagi varian teratas eK Cross T Premium turbo hibrid 4WD.
Julat harga itu sedikt rendah berbanding Nissan DAYZ. Jualan di Jepun bermula pada 24 November 2023.
BACA:Â NISSAN DAYZ 2024 DIPERKENAL DI JEPUN, DARIPADA RM45 RIBU
BACA:Â NISSAN ROOX 2023, GRIL V-MOTION BAHARU, RM54 RIBU HINGGA RM81 RIBU!