Artikel Pilihan

CARLOS GHOSN DIHALAU KELUAR DARI RUMAH AGAM BERNILAI USD19 JUTA DI BEIRUT

Seorang hakim di Lubnan telah memerintah Carlos Ghosn supaya mengosongkan rumah agam yang didiaminya di Beirut sejak empat tahun lalu selepas melarikan diri dari Jepun.

Kediaman bernilai USD19 juta tersebut didiami oleh Ghosn dan keluarganya selepas beliau berjaya melarikan diri dengan jet peribadi dari Jepun. Ghosn telah menyembunyikan diri beliau dalam kotak peralatan audio semasa menyeludup keluar dari Jepun.

Kini Ghosn dan keluarganya diarahkan supaya mengosongkan kediaman tersebut dalam masa sebulan bermula 16 Oktober lepas.

Rumah agam tersebut bukannya milik Ghosn tapi ia didaftarkan kepada sebuah syarikat Lubnan bernama Phoinos Investment. Syarikat tersebut telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Ghosn yang telah menetap di kediaman tersebut sejak 2019.

Syarikat tersebut mendakwa Ghosn telah menceroboh hartanah bukan milik beliau dan tidak mempunyai hak untuk menetap di kediaman tersebut. Phoinos Investment mempunyai kaitan dengan Nissan dan Ghosn mendakwa ia telah dibeli oleh Nissan untuk kediaman beliau dan mempunyai perjanjian bertulis dari Nissan yang memberikan hak untuk beliau menetap di situ.

Hakim bagaimanapun berpendapat Ghosn cuma dibenarkan menetap di kediaman tersebut selama mana beliau mempunyai hubungan dengan Nissan dan dengan terputusnya hubungan tersebut, perjanjian tersebut dengan sendirinya terbatal.

Peguam yang mewakili Ghosn mencabar keputusan tersebut dan akan membuat rayuan akan disokong oleh beberapa dokumen berkaitan dari Jepun yang sebelum ini belum dapat diperolehi semasa perbicaraan.

Fuh susah jugak jadi orang kaya dan berkuasa ni kan? Ingat kita yang tak berapa kaya dah susah. Rupanya orang kaya pun ada juga yang dihalau dari kediaman yang diduduki.

Google ads
"
"
Back to top button