Modifikasi

DAIHATSU MIRA VERSI L200S

Walaupun abad ke-21 dah masuk ke dekad kedua, masih ramai peminat kereta di Malaysia yang menggemari kereta berprestasi tinggi dari abad ke-20. Mungkin disebabkan faktor harga atau minat kepada benda yang sukar ditemui membuatkan kereta-kereta yang sudah jadi bahan half-cut di negara asalnya menjadi komoditi rebutan di sini. 

SONY DSC

Anda memang dah biasa tengok kereta Kancil diubah suai menjadi Mira. Kalau dalam majalah modifikasi, mungkin dah tak cukup tangan nak kira, punyalah banyak.  Walau apa pun, rasanya peminat modifikasi Kancil Mira pastinya akan sanggup menjual tanah untuk membeli Daihatsu Mira asli seperti ni. Biarpun nilai kereta ini di  Jepun agaknya lagi murah daripada sepinggan sushi dan mi ramen.

Takpe lah, dah minat orang, kita tengok sahajalah . Daihatsu Mira bagi peminatnya, sekali pandang sudah tahu versi mana. Kereta ini tentunya versi L200S yang mudah dikenali menerusi rekaan bampar hadapan yang mempunyai liang udara besar dan skup udara intercooler panjang.

SONY DSC

Tarikan kereta ini bukanlah saja pada hakikat bahawa ia merupakan sebuah L200S asli. Tetapi lebih kepada apa yang ada di bawah bonet hadapannya. Mira ori ini dibekalkan dengan enjin EF-JL 660cc dengan pengecas turbo. Tidak perlu saya nak cerita banyak-banyak pasal sebab anda semua dah kenal. Tetapi, pemilik Mira ini tak berpuas hati lagi dengan prestasi enjin. Jadi apa lagi, masa untuk ubah suai!

Enjin EF sememangnya cukup digemari oleh orang yang nak ubah suai Kancil Mira untuk prestasi berbanding enjin siri JB, walaupun ia lebih baru dan canggih. Apa yang dibuat ialah enjin 660cc dirojak dengan blok enjin 850cc siri ED yang diambil daripada Kancil 850. Ya, saya sedar enjin ini tak direka untuk menerima tekanan  turbo, tapi boleh sahaja untuk diubah suai.

BACA – DAIHATSU MIRA L500 1993

BACA – MIRA L500 JADI_JADIAN

BACA – KANCIL L2 PARCO KING

Sebelum dipasang ke kereta, blok enjin 850cc telah dileraikan dan kerja bore dibuat kepada bahagian silinder untuk memuatkan omboh 73mm yang diambil daripada enjin Toyota 2E turbo (enjin Starlet EP70). Pemasangan omboh ini menaikkan sesaran enjin kepada 1,000cc. Pada masa sama, menyediakan enjin ini untuk sistem turbo yang lagi ganas.

Turbo asal Mira diganti dengan turbo daripada Garret GT yang kalau dilihat dari segi saiz, dah hampir sama besar dengan enjin. Tak kisah, sebab turbo ini dah diubahsuai untuk spooling lebih pantas. Selain memberi kuasa top end yang mampu memalukan kereta yang memiliki enjin bersesaran dua kali ganda lebih besar daripadanya.

SONY DSC

Siput sedut saiz XL tadi diletakkan di manifold ekzos jenis tune length buatan Tonnka. Lokasi itu juga menempatkan sebuah wastegate jenis external buatan Turbosmart. Intercooler jenis top mount diganti dengan intercooler jenis front mount yang lebih besar bersama sistem paip intercooler buatan keluli tahan karat. Injap blow-off Tial nampaknya bertenggek dengan megah di atas paip yang bersinar-sinar itu.

Manifold intake enjin dinaik taraf menerusi manifold buatan custom dengan throttle body bersaiz besar daripada S90. Sistem nyalaan enjin sekarang menggunakan sistem nyalaan jenama MSD. Sementara ECU asal enjin diganti dengan sistem ECU jenis stand alone daripada Haltech 1000. Sistem ekzos? Hanya sebatang paip keluli tahan karat yang keluar di depan kereta. Tidak ada bullet atau peredam, memang ganas.

SONY DSC

Kotak gear pulak dikacuk daripada model Charade GTti yang sebenarnya jauh lebih lasak berbanding kotak gear Mira asal. Sistem klac dinaik taraf dengan klac perlumbaan Triniti yang menambah kekuatan kotak gear bagi menampung kuasa enjin.

Mira ini sekarang menggunakan penyerap hentak boleh laras buatan GAB yang memberi kekerasan secukup rasa. Saya cuma ngeri sikit tengok breknya sebab… Mira ini masih menggunakan kombinasi brek cakera / gelendong asal

SONY DSC

Tetapi mungkin okay sebab kereta ini sebenarnya banyak digunakan atas trek untuk main drag, trek cukup panjang nak berenti. Cakap pasal drag, Mira ini menggunakan tayar Toyo Proxes R888 separa slick atas rim 15 x 6.5 inci Volk Racing TE37 yang memang menggigit.

Sebab nak ringan, kebanyakan bodykit yang datang sekali dengan kereta ditanggalkan, termasuklah skirting sisi dan spoiler belakang. Bahagian dalaman pula, semua karpet dan tempat duduk belakang dibuang. Tempat duduk pemandu diganti dengan Bride jenis bucket penuh.

SONY DSC

Stereng asal diganti dengan stereng buatan Momo dan meter Haltech Racepak mengambil alih tugas meter asal. Turbo timer GReddy menjadi sentuhan akhir modifikasi dalaman kereta yang rare di Malaysia ini.

Seronok juga sebenarnya kalau ada duit lebih nak main modifikasi performance untuk Kei-car  macam ni. Rasa keterujaan memecut dengan kereta kecil dan ringan sebenarnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata…

[hr]Spesifikasi

Pembuat / Model: Daihatsu Mira L200S 

Ubahsuai enjin: Kepala silinder 12 injap EF-JL, blok 850cc ED rebore, omboh 73mm Toyota 2E, turbin Garret GT custom, wastegate Turbosmart, injap blow-off Tial, inlet manifold custom, throttle body S90, sistem nyalaan MSD, radiator Koyorad

ECU: Haltech 1000

Sistem ekzos: Manifold ekzos Tonnka,  paip custom

Kotak gear: Charade GTti, klac Triniti

Sistem gantungan: GAB boleh laras

Sistem brek: Standard Mira L200S

Rim / Tayar: Volk Racing TE37 15×6.5” et35 / Toyo Proxes R888 15”

Luaran: Standard Mira L200S

Dalaman: Tempat duduk pemandu Bride, tempat duduk penumpang Mira J, stereng Momo, meter Haltech Racepak

[hr] Galeri

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button