Buletin

FORD TRANSIT CKD!

Berita baik untuk golongan peniaga! Ford Motor Company hari ini mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) untuk memasang van komersial Ford Transit di kilang Inokom milik Sime Darby di Kulim, Kedah. 

Ford Transit Custom Sport Van Delivers Performance, Style for Sm

Bermula pada awal tahun depan, kilang tersebut akan memasang Ford Transit yang bakal dijual di pasaran domestik bagi memenuhi permintaan pelanggan terhadap kenderaan komersial ringan yang berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan mampu milik di Malaysia.

Kilang Inokom telah melepasi penilaian ketat dan standard kualiti yang ditetapkan oleh pasukan kejuruteraan serta pengilangan Ford Motor Company. Ini bagi memastikan kilang tersebut menepati segala spesifikasi Ford.

Ford Transit Custom. 26 January 2013.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen Ford terhadap pasaran Malaysia. Program CKD  Ford Transit akan membantu pelan pertumbuhan strategik kami di Malaysia. Ia juga membolehkan kami untuk memperkenalkan satu lagi kenderaan global Ford. Pada masa sama menawarkan kepada pelanggan kenderaan yang mereka mahu dan hargai,” kata Pengurus Serantau, Kumpulan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.

Pengenalan model Transit membolehkan Ford menyertai satu lagi segmen kenderaan baharu dalam pasaran Malaysia. Kenderaan komersial itu juga meluaskan rangkaian model Ford yang menyaksikan peningkatan jualan keseluruhan lebih 75 peratus pada tahun ini dan melonjakkan perkongsian pasaran Ford hampir satu kali ganda.

New Ford Transit Custom High Roof Van

Ford Transit hadir dalam dua varian iaitu Window Van 370L berkapasiti 13 tempat duduk dan Panel Van 350L. Kedua-duanya memiliki bumbung yang tinggi dan dikuasakan oleh unit enjin 2.2L TDCi yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Menawarkan kapasiti mengangkut yang mengagumkan, rangkaian aplikasi versatil dan kos penggunaan yang rendah, Transit dijangka menjadi kenderaan paling cekap dalam kelasnya.

72247-c-for

“Ford Transit adalah satu penambahan sempurna buat pengendali perniagaan komersial yang mahukan kenderaan yang cekap untuk menyokong operasi mereka,” kata Pengarah Urusan, Sime Darby Motors, rantau Malaysia, Dennis Ho.

Maklumat lanjut mengenai Ford di Malaysia, sila layari laman web: www.ford.net.my  atau kunjungi Facebook Ford Malaysia: facebook.com/FordMalaysia.

*Model CKD mungkin berbeza spesifikasi dengan gambar yang dipaparkan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button