
LAMBORGHINI HABIS JUAL KERETA SAMPAI 2024, ENJOY GOYANG KAKI
Ketika kebanyakan pihak mula risau akan keadaan ekonomi semasa, Lamborghini pula sedang bergembira menikmati prestasi tahun yang cemerlang.
Sepanjang sembilan bulan pertama 2022, pengeluar supercar Itali itu telah menjual sebanyak 7,430 buah kenderaan, dan kini sedang berada di landasan yang betul untuk melangkaui rekod jualan bagi tahun terdahulu (8,405 unit).
Tidak mengejutkan apabila Urus kekal menjadi model Lamborghini yang paling popular, sebanyak 4,834 unit telah dijual untuk tahun ini.

CEO Stephan Winkelmann memberitahu ABC News, “Setiap bulan kami telah menjual lebih banyak kenderaan berbanding unit yang kami mampu edarkan.
Menurutnya lagi, jumlah tempahan yang sangat kuat pada tahun ini dikatakan mampu membantu syarikat tersebut berdepan dengan apa jua cabaran ekonomi pada tahun hadapan.
Jelasnya, “kami sudah pun mempunyai tempoh menunggu 18-19 bulan untuk sebuah kereta baharu!”. – ABC News