Buletin

HURACAN STERRATO JADI MODEL NON-HYBRID TERAKHIR LAMBORGHINI

Bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember ini, Lamborghini Huracan Sterrato akan merangkap sebagai model berenjin pembakaran dalaman tulen yang keluar dari kilang Sant’Agata Bolognese.

Bermula tahun 2023 dan seterusnya, Lamborghini akan mula melancarkan beberapa buah model supercar hibrid, diikuti Urus Hybrid pada tahun 2024.

Berbalik kepada Huracan Sterrato, ia merupakan sebuah supercar dengan spesifikasi off-road yang bakal melengkapkan penawaran Huracan sedia ada.

Menurut spesifikasi Sterrato Concept yang diperlihatkan sebelum ini, ia membawakan ciri seperti jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi, dimensi trek roda yang lebih panjang, sudut off-road yang telah ditambah baik, serta tidak ketinggalan sistem stereng gandar belakang.

Untuk memudahkan pemanduan pada waktu malam, Huracan Sterrato turut dipasangkan dengan beberapa bar lampu LED tambahan, serta rak bumbung untuk membawa muatan.

Pada masa akan datang, Huracan generasi baharu difahamkan tidak lagi akan menggunakan platform Audi R8, sebaliknya akan menggunakan platform Lamborghini sepenuhnya.

Google ads
Back to top button