Buletin

LAMBORGHINI LANTIK SUNAGATA SUPERCAR SEBAGAI PENGEDAR RASMI. MULA OPERASI APRIL 2021

Lamborghini baru-baru ini mengumumkan Sunagata Supercar Sdn. Bhd. sebagai pengedar rasmi baharunya berkuat-kuasa pada 1 Januari 2021. Ia dijadual beroperasi sepenuhnya bermula April 2021.

Operasi selepas jualan akan dilakukan di kemudahan sementara di Audi Centre Glenmarie. Bengkel sementara itu mempunyai kemudahan parkir, penerimaan dan pelbagai lagi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Kualiti, kebolehpercayaan, sofistikasi teknikal dan komitmen berterusan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan merupakan elemen asas jenama Lamborghini.

“Kami percaya kerjasama utuh di antara Lamborghini dan Sunagata Supercar akan meningkatkan nilai jenama kepada para pelanggan setia dan baharu.

“Lamborghini Kuala Lumpur akan mengukuhkan lagi jenama ini dengan menawarkan pengalaman pelanggan yang luar biasa,” kata Pengarah Serantau Automobili Lamborghini di Asia Pasifik, Francesco Scardaoni.

Google ads
"
"
Back to top button