Buletin

LELAKI INI BAYAR RM RM37 JUTA UNTUK NO PLAT “D5” DI DUBAI

Ini adalah cerita tentang kegilaan nombor.  mengikut laporan independent, seorang ahli perniagaan dari India membayar 33 juta dirham atau kira-kira RM37 juta untuk nombor pendaftaran “D5” di Dubai.

Bukan itu sahaja, Balwinder Sahani sebelum ini turut memenangi bidaan nombor “09” pada bulan lepas dengan harga sebanyak RM28.5 juta.

dubai-indian-plate

Beliau dikatakan akan meletakkan nombor D5 tersebut pada kereta Rolls Royce Phantom. Ia tidaklah mengejutkan sangat sebab kalau di Malaysia nombor-nombor begini biasanya kita nampak pada motosikal Demak Interchange saja.

Nilai bidaan tertinggi yang pernah dicatatkan di Dubai ialah nombor pendaftaran “1” yang dimenangi pada harga RM60 juta pada tahun 2008.

 

Google ads
Back to top button