
GARA-GARA RIAK BELI KERETA PALING MAHAL, PEMPENGARUH ASAL DUBAI DITAHAN PIHAK BERKUASA
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki di Dubai, Emiriah Arab Bersatu ditahan oleh pihak berkuasa kerana memberitahu pengedar di bilik pameran mewah untuk menjual kereta paling mahal kepadanya.
Menurut laporan, video berkenaan dikatakan menghina dan mempersendakan masyarakat negara berkenaan.
Melalui video tular itu, lelaki berjubah putih dilihat mahu membeli sebuah kereta bernilai AS$545,000 (RM2.5 juta) serta kereta lain sambil membawa sejumlah wang.

“Apakah kereta paling mahal di sini? Baik. Saya mahukan Mercedez, rolls royce dan kereta sports Red Bull,” kata lelaki tersebut.
Menurut FBI UAE, “Dia membawa serta menunjukkan wang berjumlah besar kepada pekerja bilik pameran dengan cara tidak hormat selain, tidak menghargai nilai wang.
“Video itu mempromosikan imej buruk dan menyinggung perasaan masyarakat lain.”
Selain itu, pihak Pendakwa Raya juga memerintahkan untuk memanggil pemilik bilik pameran kereta tersebut.
Pendakwaan Awam menggesa pengguna media sosial di UAE untuk mematuhi peraturan undang-undang dan etika dalam kandungan media.
Tambahnya, masyarakat UAE perlu mempertimbangkan ciri-ciri komitmen moral dalam semua aspek tingkah laku untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.









