Artikel Pilihan

SEBUAH LAMBORGHINI VENENO GAGAL DIJUAL SEHINGGA SEKARANG – BAGI LA HARGA RAHMAH MESTI LAKU

Lamborghini Veneno memang model yang sangat rare dari Lamborghini. Apatah lagi kalau Veneno Roadster macam ni. Hanya sembilan unit sahaja pernah dihasilkan dan ini adalah unit kedua dari sembilan unit keseluruhan. Mesti ramai yang sangka model limited edition macam ni laku macam murtabak bazar Ramadan. Salah tuan-tuan, yang ni dah tersadai dalam ruang pameran hampir dua tahun. Sedih oo.

Veneno Roadster ini sudah menjadi penghuni ruang pameran di Dubai lebih daru dua tahun tanpa bayang bakal pembeli. Mungkin harga USD9.5 juta tu terlalu mahal kot? Tapi bukan ramai ke pak Arab kaya kat sana? Ke diorang dah tukar minat kepada kereta-kereta marhain sekarang.

Kini pemiliknya, VIP Motors berhasrat menjualnya melalui lelongan yang bakal dianjurkan oleh SBX Cars tapi aci makan sate 20 cucuk harga rizabnya pun sekadar mampu tengok je lah.

Lambo ini sebelum ini pernah dimiliki oleh tiga orang pemilik dan seorang daripadanya ialah kerabat di raja Arab Saudi. Kerabat Mentakab macam abang ni memang mampu tengok je lah.

RM Sotheby pernah cuba menjual kereta ini melalui lelongan mereka pada tahun 2020 tapi masih gagal menjualnya dengan anggan harga €4.5 juta ke €5.5 juta. Tapi mungkin juga ia akibat faktor COVID-19 yang melanda dunia ketika itu. Duit banyak pun tak guna kalau dah sakit.

Walaupun kereta ini dah banyak kali bertukar tangan  tapi perbatuannya adalah sangat rendah. Meternya hanya menunjukkan angka 1,778 kilometer! Biasa sebenarnya untuk sebuah supercar. Siapa yang nak pandu kereta macam ni siang malam.

Rupa parasnya? Huh, tak ada beza langsung semasa ia keluar dari ruang pameran. Enjin V12 6.5 liternya juga masih dalam keadaan baik dan masih mampu menghasilkan 750hp kuasa tanpa sebarang masalah.

Kalau anda ada duit yang secukupnya, baik sambar cepat sebelum abang masuk bida untuk makcik kau pergi kedai beli bawang.

Google ads
Back to top button