Buletin

PLAT PENDAFTARAN AA8 CECAH SAMPAI RM41 JUTA DI DUBAI

Plat pendaftaran AA8 mendapat bidaan mencecah sehingga AS$9.5 juta (RM41 juta) dalam lelongan amal di Dubai baru-baru ini.

Nombor plat sangat mahal berkenaan dijual pada lelongan ‘Most Noble Numbers’ untuk menyokong kempen One Billion Meals dalam menyediakan juadah kepada golongan memerlukan.

Selain itu, beberapa nombor plat lain turut mendapat bidaan tinggi termasuk F55 dan V66 yang memperoleh AS$1.08 juta (RM4.63 juta) serta Y66 dengan bidaan mencecah AS$1.03 juta (RM4.43 juta).

Menurut laporan Arab News, para tetamu turut berpeluang membida nombor telefon unik malah nombor tertinggi 054 999 9999 meraih bidaan adalah sebanyak AS$1.4 juta (RM6 juta).

Kempen kedua akan diadakan pada minggu ini dan antara nombor menarik bakal menjadi rebutan termasuk 2, 11, 20, 99 dan 999.

One Billion Meals merupakan kempen derma makanan terbesar di benua berkenaan dan berikrar menyediakan satu bilion makanan kepada orang memerlukan di 50 negara.

Kempen berkenaan dianjurkan Mohammed bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives dan lelongan amal pertama termasuk jualan AA8 mampu menjana dana dalam menyalurkan sebanyak 76 juta juadah. –carscoops

Google ads
Back to top button