Buletin

HONDA NSX GT: BAKAL BERENTAP DI PERLUMBAAN SUPER GT 2017

Ini agak aneh sebenarnya. Masakan tidak, NSX dalam perlumbaan Super GT (dulu dikenali dengan nama GT Japan) sebenarnya adalah NSX (HSV-010) dalam bentuk konsep. Kereta yang tak wujud pun untuk produksi tetapi diberi kelonggaran dalam perlumbaan.

Selama 3 tahun dalam kancah Super GT, akhirnya NSX akan hadir dalam visual yang lebih jelas. Jika anda hidup di zaman Satria VR4, Civic B16A dan Corolla 4AGE 4 throttle, Super GT/Japan GT adalah siri perlumbaan paling dramatik yang paling kita tunggu-tunggu, setiap tahun salah satu pusingannya akan di adakan di Sepang.

honda-nsx-gt-4

Kini di Malaysia hanya tinggal sejarah. Tiada lagi pusingan Malaysia untuk kalendar Super GT Jepun. Paling dekat kalau rasa nak menonton pun mesti terbang ke Thailand di litar Buriram.

Honda telah menyediakan NSX-GT baru bagi perlumbaan musim 2017. Berbeza dengan versi produksi yang menggunakan enjin 3.5 liter twin turbo hybrid dan transmisi 9 kelajuan, NSX-GT akan menggunakan enjin lebih kecil.

honda-nsx-gt-1

Lebih tepat, enjin 2.0 liter turbo dengan keupayaan sehingga 600 kuasa kuda yang kemudiannya ditala semula untuk membolehkannya bersaing dalam kelas GT500. Kereta ini mesti menang, ia perlu menewaskan Nismo GTR yang menjuarai musim 2016.

Honda NSX model pertama merupakan kejayaan terbaik Honda dalam Super GT kerana pernah memenangi 3 kali kejuaraan tersebut.

honda-nsx-gt-2

Masalahnya Lexus LC500 pun akan menyertai musim 2017 bagi menggantikan LC-F. LC500 ini pun boleh tahan macam roket dia punya laju.

 

 

 

Google ads
Back to top button