ORANG KAYA DUBAI BIDA NOMBOR PLAT ‘P7’ PADA HARGA RM66.1 JUTA
Seorang pembida kaya membida nombor pendaftaran ‘P7’ pada harga 55 juta dirham (RM66.1 juta) di lelongan The Most Noble Numbers, Dubai.
Angka itu mengatasi Guinness World Records tahun 2008, nombor pendaftaran kereta paling mahal sebelum ini iaitu bernilai 52,149,500 dirham (RM62.7 juta) untuk nombor ‘1’.
Menurut Emirates Auction LLC, hasil lelongan akan disalurkan kepada inisiatif bantuan makanan global pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid, di bawah program ‘1 Billion Meals’.
Ahli perniagaan Balvinder Singh Sahni, dikenali sebagai Abu Sabah, membeli plat ‘D5’ pada 2016 dengan harga 33 juta dirham (RM40 juta).
“Dubai adalah bandar emas,” katanya dalam satu temu bual. “Ia adalah bandar orang besar, orang baik. Jadi semua orang mahu menunjukkan status mereka.”
Sahni menceritakan bagaimana ketika pertama kali mengunjungi hotel mewah Burj Al Arab pada 2006, dia dinafikan untuk masuk ke hotel tersebut kerana nombor plat keretanya terlalu banyak.
“Sejak itu, ia sentiasa menjadi impian saya untuk mempunyai nombor satu digit,” katanya.
“Apabila saya mendapat peluang, dan mereka memberitahu saya wang ini semua untuk tujuan amal, saya terus bersetuju.” – The Edge Markets