COMEL PULAK ROLLS-ROYCE DAN MAYBACH KLON NI – TAK NAK MASUK MALAYSIA KE?
Satu ketika dahulu kereta-kereta dari China memang dipandang rendah. Samalah dengan kereta-kereta Korea. Ingat lagi dengan Kia Sephia? Tapi kini kualiti binaan, rekabentuk dan teknologi mereka dah banyak berubah. Satu je perangai yang tak berubah. Suka meniru model-modle terkenal. Kali ini Rolls-Royce Phantom dan Mercedes-Maybach GLS versi Minion. Eh tapi sekali tengok comel la pulak.
Dua kecil ini sedang hangat diperkatakan di platform media sosial China, Weibo. Ia sednag dipamerkan di satu acara permotoran di China dan kelihatan berada sebaris dengan kereta-kereta kecil lain. Alah, macam Kei-Car la kalau kat Jepun.
Mini Phantom tu paling menarik. Nampak macam Rolls-Royce ori la. Siap dengan gril hadapan yang besar dan kemasan krom yang tak nampak murah macam kereta China dulu-dulu. Cuma tak ada Spirit of Ecstacy je kat atas bonet tu.
Lampu pun dah hampir sama dengan Phantom cuma bila dinyalakan terus nampak macam LED murah yang menjadi kegilaan bangsa geran di tangan. Opps… jangan marah aa.
Kiri kanan pun nampak macam Phantom. Bahkan ia juga siap dengan pintu belakang bunuh diri (suicide door) macam Rolls-Royce. Power tak?
Replika GLS mini tu pun tak nak kalah cuma berbeza gril je dibandingkan dengan Phantom tadi. Lampu pun lain siap dengan kemasan krom pada bahagian bumper.
Lebih mengejutkan ialah bahagian dalam yang boleh dikatakan cukup selesa. Sesuai dengan imej replika kereta mewah yang dibawa keduanya. Unit paparan yang panjang menempatkan unit instrumentasi digital dan infotainment. Ambient light ataupun “lampu suasano” turut menjadi perhatian sama seperti Mercedes sebenar.
Maklumat enjin tidak dapat diperolehi sebab kami pun tak faham. Malas la nak cari sebab tarikan sebenar ialah pada rupa parasnya. Harganya pun cukup murah di sana. Sekitar USD2,000 (RM8700+-) sahaja. Murah wei. Tak nak masuk Malaysia ke?