Buletin

LELAKI INI MILIKI 700 KOLEKSI “HARTA KARUN” DAN IA KINI UNTUK DILELONG

Seperti kata-kata kawan saya dari Go Daddy Motorsport, Encik Mohd Khairul- pengimport kereta klasik. Kalau rasa nak melabur, kereta dan motosikal lama adalah salah satu caranya. Harganya meningkat dengan mendadak setiap tahun.

Hobi mengumpul kereta dan motosikal klasik sebenarnya menjadi budaya bagi masyarakat seluruh dunia. Di Amerika syarikat, model-model lama jadi buruan dan ia adalah industri bernilai berbilion dolar setahun.

BACA: FERRARI JUSTIN BIEBER UNTUK DILELONG

Ini mungkin koleksi peribadi terbesar yang dimiliki seorang individu yang dibuka untuk jualan. Pasangan Ron dan Eunice Hackenberger dari wilayah Ohio, Amerika Syarikat sudah bersedia untuk menjual kesemua koleksi mereka dalam lelongan awam.

Firma lelongan VanDerBrink Auctions telah dilantik untuk menguruskan proses lelongan tersebut. Ia dijadualkan pada 14  -16 Julai hadapan dengan setiap unit ini tidak memiliki harga simpanan (reserve price). Ketika ditanya kenapa, Hackenberger memberitahu bahawa faktor usia tidak membolehkan beliau terus menyimpan harta karun ini. Sudah sampai masanya ia dijual kepada mereka yang berminat.

BACA: SUASANA LOT PARKIR LELONG DI JEPUN

Terdapat lebih 250 unit model Studebakers, kereta-kereta buatan Eropah hingga traktor Deere. Terdapat juga motosikal lama keluaran 1940-an, muscle car keluaran 60an, limosin klasik malah ada juga kereta lagenda seeprti Delorean, Bricklin, Porsche, beberapa buah Jaguars, Citroen dan ambulans Caddilac.

Hackenberger mula mengumpul koleksi ini seawal usia 15 tahun. Beliau masih ingat kereta pertama yang dibelinya ialah lori kecil dengan wang yang dipinjam dari datuknya. Selepas berkahwin dengan Eunice, beliau semakin ketagih dan terus mengumpul tanpa henti.

BACA: SKYLINE KENMERI UNTUK DIJUAL

Beliau mengembara ke seluruh Amerika untuk “menyelamatkan” harta ini dari ditelan zaman. Kadangkala, beliau membawa treler dan memandu tanpa tujuan ke arah pantai Barat dan hanya mencuba nasibnya dengan apa yang ditemuinya di laman rumah dan gudang orang penduduk tempatan.

Ia memang koleksi yang besar oleh seorang individu. Kesemua senarai lelongannya boleh anda semak di laman web lelongan VanDerBrink A di sini.

 

 

Google ads
Back to top button