Buletin

SELEPAS 50 TAHUN BEROPERASI, TOYOTA TUTUP KILANG DI AUSTRALIA

Toyota mengumumkan akan menamatkan operasi kilang pengeluaran mereka di seluruh Australia pada 3 Oktober tahun ini. Ia adalah penutupan operasi ketiga dari jenama terbesar di sana. Bermula dengan Ford pada penghujung tahun lepas, Holden dan kini Toyota.

Pengumuman awal telah dibuat sejak awal 2014 lagi. Sejak dari itu, perancangan operasi telah dibuat secara berperingkat. Model Aurion (kembar Camry) akan berakhir pada Ogos, Camry Hybrid pada September dan Camry petrol akan menjadi produk akhir yang meninggalkan kilangnya pada 3 Oktober nanti.

BACA: MODEL KHAS MERCEDES PIKAP AUSTRALIA

Dalam satu kenyataan rasmi oleh presiden Toyota Australia Dave Buttner, syarikat itu komited untuk membantu menempatkan pekerja mereka mencari karier baru.

BACA: HARGA NSX DI AUSTRALIA IALAH RM1.3 JUTA

“Keutamaan kami dalam tempoh terakhir ini ialah membantu pekerja mencari tempat baru. Kami hargai jasa khidmat yang diberikan oleh kakitangan ini. 50 tahun sejarah membuktikan mereka komited melahirkan kereta terbaik di sini. Kami akan kekal dengan falsafah “last car = best global car,” ujar beliau.

 

 

Google ads
Back to top button