Buletin

PROTON LANCAR PERSONA & SAGA BAHARU DI BRUNEI

Proton melalui pengedar utamanya di Brunei, PAD Motors Sdn. Bhd. (PAD) baru-baru ini memperkenalkan Proton Persona 1.6L dan Proton Saga 1.3L untuk pasaran Brunei.

Kedua-dua model itu dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Ogos 2016 dan September 2016. Persona dan Saga dilengkapi ciri-ciri keselamatan lebih maju seiring dengan kualiti pemanduan dan pengendalian kenderaan Proton.

Sebelum ini, Proton ada memperkenalkan Proton Iriz untuk pasaran Brunei pada 1 Oktober 2016.

“Kami gembira kerana Persona dan Saga yang diterima baik di pasaran Malaysia berjaya menarik minat pengguna di Brunei. Persona mengalami evolusi yang ketara dari segi ciri, teknologi, reka bentuk, binaan, pemanduan dan pengendalian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

BACA: PANDU UJI PROTON PERSONA SEJAUH 297KM – DARI KL KE KUANTAN

Persona dan Saga dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif, ia telah diberi penarafan 5 bintang dan 4 bintang oleh ASEAN NCAP.

Di Brunei, Persona boleh didapati dalam varian 1.6L Executive CVT. Manakala Saga  pula didatangkan dalam dua varian iaitu 1.3L Executive CVT dan Premium CVT. Kedua-dua varian boleh didapati dalam enam warna menarik.

Model baharu tersebut kini dibuka untuk pandu uji dan tempahan di semua cawangan Proton di Brunei. PAD telah membuka bilik pameran baharu di Bandar Seri Begawan yang terletak di Unit 1-4, Kompleks Beribi, Spg. 607-17, Jalan Gadong BE1118, Brunei Darussalam.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button