" "
Artikel Pilihan

SUBARU 22B STi PROTOTAIP COLIN MCRAE UNTUK DILELONG – KALAU AKU KAYA

Memiliki sebuah Subaru 22B STi di dalam garaj boleh dikatakan satu kejayaan besar untuk mana-mana pengumpul. Ia sukar ditemui dan paling hampir kepada sebuah jentera WRC sebenar. Kalau anda kaya dan sudah pun memiliki sebuah 22B, kenapa tidak tambah lagi koleksi anda dengan sebuah lagi 22B prototaip yang pernah dimiliki oleh Coli McRae. Kereta lejen milik lejen.

Subaru 22B STi dihasilkan pada tahun 1998 sebagai tanda ulangtahun ke 40 Subaru mula menghasilkan kereta. Ia juga sebagai menghargai pencapaian mereka dalam sukan motor khususnya WRC di mana mereka merangkul kejuaraan pengeluar berturut-turut dari 1995-97. Ia masih model terhebat keluaran Subaru yang tiada gantinya. Kalau nak bagi hadiah kat kami pun kami akan pilih 22B STi daripada model terkini di pasaran.

22B dilengkapkan dengan enjin boxer 2.2 liter yang dihasilkan khas untuknya dengan blok yang berbeza dari EJ20. Ini bukan sekadar korek blok okey tapi memang blok lain yang khusus untuk enjin ini. Ramai yang menyangka 22B bermaksud 2.2 liter dan penyerap hentak Bilstein. Salah tu, kena berfikir macam jurutera berfikir dan bukan main hentam je. 22B ialah hexadecimal kepada 555. Minat Subaru takkan tak faham 555.

Enjin 22B ini menggunakan blok closed-deck sama seperti kereta WRC termasuklah piston tempa dan head gasket logam. Di atas kertas kuasa maksimanya ialah 276 hp (terikat kepada Gentleman’s Agreement) tapi kuasa sebenarnya dianggarkan melebihi 300 hp.

Selain enjin rekaan khas, bahagian badan 22B STi ini juga direka secara berasingan daripada Subaru Impreza standard. Chasisnya dikimpal secara bersilang sama seperti jentera WRC agar lebih kukuh. Spoiler belakang boleh dilaras secara manual untuk meningkatkan daya seretan. Bahagian gril, bumper dan skirting pula memang khusus untuk 22B. Ini bukan satu masalah sebab kat sini ramai pakai copy pakai fiber glass.

Lebih istimewa kerana habis semua bahagian 22B STi ini dinaiktaraf. Ia dilengkapkan dengan klac berkembar seramik, lock differential boleh laras, dalaman transmisi diperkuatkan dan final drive ratio 4.444 untuk pecutan yang lebih baik.

Suspensinya menggunakan penyerap hentak Bilstein dengan lower link tempaan khusus. Ia menggunakan stereng rack super quick dengan ratio 13:1 dan sistem AWD yang ditala khusus untuk model ini.

Punyalah isitmewa sampai lencana STi pada bahagian fender itu pun dihasilkan daripada titanium. Pergh, ingat lencana beli dalam sopi ke?

Hanya 400 unit model ini dihasilkan dan kesemuanya adalah untuk pasaran Jepun. Ia dikatakan habis terjual dalam masa 48 jam dan tambahan 25 unit lagi pula dihasilkan untuk pasaran luar negara. Warnanya? Semua sama. Sonic Blue Mica seperti juara WRC 1997.

Subaru turut menghasilkan beberapa prototaip yang mempunyai nombor siri 000/400. Dua unit ditawarkan kepada pemandu WRC mereka yang membawa kejayaan kepada syarikat, Colin McRae dan Nicky Grist. Satu unit lagi ditawarkan kepada Pengarah Teknikal Prodrive, David Lapworth. Unit yang hendak dilelong ini merupakan milik Coli McRae.

Hah, apa lagi kalau mampu beli la. Apa barang asyik tayang content naik jet sewa dan kereta sewa. Eh, lupa diorang bukan kaki kereta pun tapi kaki scam.

Google ads
Back to top button