Buletin

LEXUS LM GENERASI BAHARU BAKAL MUNCUL 18 APRIL INI

Kira-kira empat tahun yang lalu, Lexus mengejutkan dunia dengan kehadiran model LM pada Auto Shanghai 2019.

Ia secara asasnya merupakan Toyota Alphard versi lebih mewah yang dihasilkan untuk pasaran China, sebelum ditawarkan kepada beberapa pasaran global lain termasuklah Malaysia.

Bulan ini, Lexus bakal menggunakan acara Auto Shanghai untuk memperlihatkan model LM serba baharu berdasarkan gambar teaser yang didedahkan.

Tiada sebarang info berhubung model LM yang baharu ini, namun berdasarkan gambar yang dibekalkan, besar kemungkinan LM baharu ini adalah sebuah model generasi baharu dan bukannya model facelift.

Rekaan pada tiang D juga dilihat lebih berbeza jika dibandingkan dengan tiang D model LM sedia ada.

Di pasaran China, Lexus LM dikatakan bersaing rapat dengan Buick GL8 Century dan harga jualan mampu mencecah enam angka bergantung kepada spesifikasi yang diinginkan.

Auto Shanghai 2023 akan membuka tirainya pada 18 April ini.

Google ads
Back to top button