Artikel Pilihan

REKAAN BAHARU BEG UDARA ZF AKAN BERI KEBEBASAN DALAM REKAAN RODA STERENG – INI BARU BIJAK SENGOTI

Selama berpuluh tahun kedudukan beg udara pemandu sentiasa berada di tengah-tengah roda stereng tapi kini ZF, pengeluar beg udara ternama telah mendedahkan rekaan terbaru mereka yang menunjukkan beg udara dilancarkan dari bahagian sisi atas roda stereng sekaligus memberikan kebebasan dalam rekaan roda stereng.

Rekaan baharu ini dihasilkan oleh ZF Lifetech yang merupakan cabang sistem keselamatan pasif ZF. Dalam perlanggaran, beg udara akan dilancarkan dari bahagian atas dan menurun ke bawah roda stereng untuk melindungi pemandu.

Walaupun tidak sama dengan rekaan beg udara sebelum ini tapi mereka memberi jaminan yang aspek keselamatan tidak terjejas. Rekaan baharu ini juga bakal memberi kebebasan kepada pengeluar untuk membuat rekaan stereng yang lebih menarik dan ergonomik.

Rekaan stereng terbaru ZF ini menunjukkan panel tengah stereng yang menempatkan panel butang-butang kawalan di tengah roda stereng. Ia tidak boleh dilakukan sebelum ini kerana mengganggu kedudukan bug udara. Selepas ini jangan terkejut kalau skrin bersaiz kecil pun boleh diletakkan pada bahagian tengah roda stereng.

Pengesan tangan turut boleh dipasang dibawah lapisan kulit roda stereng untuk mengesan jika tangan anda sudah berada di posisi yang sesuai sebelum memulakan perjalanan. Fuh, canggih betul. Tapi kalau salah pegang keluar isyarat bunyi macam tali pinggang keledar tak pakai serabut juga weh.

ZF menyatakan roda stereng dan rekaan terbaru beg udara ini belum sedia untuk dipasarkan tapi sudah tentu konsep ini sesuatu yang menarik dan tidak mustahil akan dihasilkan dalam sedikit masa lagi. Tak sabar rasanya nak beli lepas tu pasang kat Alza vetctec. Terbaeklah.

Google ads
Back to top button