Buletin

MAHU KERETA ELEKTRIK? RENAULT ZOE – RM145,888!

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini mengumumkan jualan model elektriknya, Renault ZOE dalam jumlah terhad.

ZOE melepasi kriteria terkini yang diperlukan untuk layak menerima signatur Renault eco²: Ia dikilangkan di kilang Renault yang telah menerima penarafan ISO 14001 di Flins, Perancis

Melepasi piawaian emisi CO2 mesra alam Renault iaitu kurang daripada 120g/km, 85 jentera ini boleh dikitar semula,. Malah sembilan peratus plastiknya diambil daripada amalan kitar semula.

Sistem brek janaan semula generasi baru pada ZOE berupaya menjana semula semua tenaga yang dibazirkan ketika membrek. Kereta ini juga menawarkan pemanduan yang sangat lancar tanpa ada rasa senggukan pada motor elektriknya.

Motor elektrik segerak (synchronous) mampu menghasilkan kuasa maksimum 88PS dari 3,000 hingga 11,300rpm dan tork puncak 220Nm dari rpm serendah 250rpm.

Renault-ZOE-malaysia-2016-mekanika (8)

Dipadankan dengan kotak gear automatik dan dikuasakan oleh bateri lithium-ion 22kWh, tempoh caj penuh ZOE bermula dari empat jam menerusi pengecasan pantas 7kW hinggalah sembilan jam apabila menggunakan pengecas biasa berkuasa 3.6kW.

Dengan caj penuh, Renault ZOE menawarkan jarak pemanduan sejauh 210km (berdasarkan kepada kitaran NEDC). Malah, ketika melakukan debut pada tahun 2012, ZOE merupakan kenderaan elektrik untuk pasaran massa yang pertama di dunia mampu mencapai homologasi tersebut.

RENAULT ZOE (B10) - PHASE 1

Sebagai tambahan, satu pengecas dinding berkapasiti 3.6 kWh Delta akan disertakan dalam pembelian Renault ZOE.

Renault ZOE didatangkan dengan paparan skrin sentuh Renault R-Link bersaiz tujuh inci sebagai ciri standard, bersama ketersambungan USB dan kit Bluetooth bebas tangan. Di samping pemain muzik, sistem kemasukan tanpa kunci dengan ciri kunci sendiri dan soket kuasa 12V.

Renault-ZOE-malaysia-2016-mekanika (4)

Ia juga menawarkan ciri kawalan jelajah, pengehad kelajuan, kawalan suhu automatik dengan alat pengesan kelembapan, penggilap cermin dan lampu utama automatik serta lampu nyalaan siang (DRL).

ZOE menawarkan ruang kargo seluas 338 liter yang mampu ditingkatkan menjadi 1,225 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Ciri keselamatan standard termasuklah empat beg udara – dua beg udara di hadapan, beg udara sisi untuk kepala dan dada pemandu serta penumpang, ABS dengan EBD, ESC dan ASR.

Selain tali pinggang keledar 3 poin dengan peregang yang boleh dilaras ketinggiannya, cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX pada kerusi belakang dan penumpang hadapan.

Renault-ZOE-malaysia-2016-mekanika (3)

ZOE akan dijual dalam unit terhad  pada harga RM145,888 seunit, di atas jalan termasuk GST tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia. Ia didatangkan dalam warna putih.

Maklumat lanjut mengenai Renault ZOE atau Renault di Malaysia, sila layari laman web  www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia

Google ads
Back to top button