SAMSUNG GALAXY S7 KINI BERADA DI PASARAN!
Selepas berjaya melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge dua bulan lalu, Samsung Malaysia Electronics hari ini memperkenalkan pula Samsung Galaxy S7 ke pasaran tempatan.
Sejak dilancarkan di peringkat global, Galaxy S7 serta S7 edge dikatakan sebagai antara telefon pintar terbaik yang menggabungkan aspek prestasi dan kualiti.
“Matlamat Samsung adalah untuk menawarkan nilai dan keseronokan kepada para pelanggan. Apabila kami melancarkan Samsung Galaxy S7 edge pada Mac lalu, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.
“Sejak itu, ramai yang bertanya dan menunjukkan minat terhadap Galaxy S7. Jadi kami mengambil keputusan untuk memperkenalkan Galaxy S7,” kata Naib Presiden Unit Perniagaan Mudah Alih dan IT, Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang.
Selain daripada paparan Quad HD Super AMOLED bersaiz 5.1 inci, Galaxy S7 turut didatangkan dengan ciri-ciri menakjubkan seperti Galaxy S7 edge. Biarpun sedikit kecil (edge 5.5 inci), Samsung tetap menyerlahkan sofistikasi telefon pintar ini menerusi kaca 3D dan badan besi.
Samsung Galaxy S7 boleh anda miliki mulai esok di Samsung Experience Stores dan Maxis Stores yang terpilih. Ditawarkan pada harga menarik iaitu RM2,699 (termasuk GST), peranti ini didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan perak.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.samsung.com/my/s7
Spesifikasi Galaxy S7 vs S7 edge:
Galaxy S7 | Galaxy S7 edge | |
OS | Android 6.0 (Marshmallow) | |
Network | LTE Cat.9 (450/50Mbps) | |
Dimension | 142.4 x 69.6 x 7.9mm, 152g | 150.9 x 72.6 x 7.7mm, 157g |
AP | Octa core (2.3GHz Quad + 1.6GHz Quad), 64 bit, 14 nm process | |
Memory | 4GB RAM (LPDDR4), 32GB (UFS 2.0) + microSD (up to 200GB) | |
Display | 5.1” Quad HD Super AMOLED
2560 X 1440 (577ppi) Always-On Display |
5.5” Quad HD Super AMOLED
2560 X 1440 (534ppi) Dual edge Screen Always-On Display |
Camera | Rear: Dual Pixel 12MP (F1.7), Smart OIS
Front: 5MP (F1.7) |
|
Battery | 3,000mAh | 3,600mAh |
Fast Charging both on wired and wireless
Wireless Charging compatible with WPC and PMA |
||
Payment | NFC, MST | |
Connectivity | WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5GHz), MU-MIMO Bluetooth® v 4.2 LE, ANT+, USB 2.0, NFC, Location |
|
Sensors | Accelerometer, Proximity, RGB Light, Geo-magnetic, Gyro,
Fingerprint, Barometer, Hall, HRM |
|
IP Code | IP 68 | |
Audio | MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, WMA, AMR, AWB, FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY, RTTTL, RTX, OTA |
|
Video | MP4, M4V, 3GP, 3G2, WMV, ASF, AVI, FLV, MKV, WEBM |