
MANA LEBIH MENGUJAKAN? TONTON PERLAWANAN UEFA ATAU NAIK NISSAN GT-R DI LITAR?
Ketika musim Liga Juara-juara UEFA kian menghampiri kemuncaknya, Nissan yang merupakan penaja automotif global untuk perlawanan tersebut telah menjalankan satu kajian.
Kajian itu bertujuan menilai mana yang lebih mengujakan di antara menonton perlawanan bola sepak atau menjadi penumpang dalam di sebuah GT-R. GT-R itu dipandu oleh pemandu profesional pada kelajuan 250km/j di litar Circuit de Spa-Francorchamps di Belgium.

Menerusi kerjasama pasukan pakar sains sukan di Universiti Loughborough, para responden dipakaikan dengan alat pengesan untuk memantau dan mengumpul indeks data.
Ini termasuklah kadar degupan jantung, pernafasan dan aktviti elektro-dermal untuk menguji kesan keterujaan secara fisiologi. Seterusnya menentukan aktiviti mana yang lebih mengujakan mereka.
Keputusan – Bola sepak vs GT-R:
| RESPONS FIZIKAL | UEFA | GTR |
| Purata peningkatan degupan jantung | 39% | 37% |
| Purata peningkatan degupan jantung | 91BPM | 100BPM |
| Purata puncak degupan jantung | 124BPM | 136BPM |
| Purata peningkatan pernafasan | 140% | 144% |
| Purata kadar pernafasan | 15 nafas seminit | 15 nafas seminit |
| Purata puncak kadar pernafasan | 35 nafas seminit | 35 nafas seminit |
Kajian itu membolehkan pasukan penyelidik memahami maklum balas fizikal seseorang terhadap momen-momen yang mengujakan. Selain mencadangkan apakah elemen yang paling mengujakan seseorang.
“Perbezaan ketara ialah kadar pernafasan. Sepanjang perlawanan bola sepak, kita boleh lihat kadar pernafasan meningkat diikuti oleh penurunannya. Ini kerana peminat bola sepak menahan nafas ketika aksi genting. Jadi, keterujaan selama 90 minit itu ada turun naik.

“Sementara kadar pernafasan penumpang di dalam GT-R dilihat sentiasa menaik. Maksudnya tempoh keterujaan itu lebih lama,” kata Dr. Dale Esliger dari Universiti Loughborough.
Itu hasil kajian. Anda pula macam mana?









