Motosikal

HONDA MSX TAMPIL DENGAN 4 WARNA BAHARU YANG UNIK

Bagi menambah lagi keterampilan MSX 125, Boon Siew Honda memperkenalkan empat warna baharu yang ceria untuk motosikal kecil molek itu.

Sejak dilancarkan di pasaran awal tahun ini, Honda MSX 125 telah menerima sambutan yang baik dari pasaran berdasarkan beberapa faktor seperti prestasi, kualiti dan kebolehgunaan.

Lebih unik ia tampil dengan gayaan fun bike yang menjadikannya berbeza dengan motosikal lain.

Ciri-ciri pada MSX 125 juga menarik, ia didatangkan dengan lampu utama LED, roda aluminium 12 inci dan meter digital.

Bagi membolehkan pemilik mengubahsuai MSX 125 milik mereka, Boon Siew Honda turut membawa masuk aksesori H2C yang popular di Thailand. Aksesori tersebut popular di kalangan pemilik di Thailand berikutan senarai pilihan yang eksklusif dan pelbagai seterusnya membolehkan fun bike itu tampil berbeza di antara satu sama lain.

BACA: 4 FAKTA MENARIK HONDA MSX125

BACA: JENTERA LUMBA HONDA GROM/MSX125 HRC!

Jika tidak mengenakan aksesori itu pun, Boon Siew Honda turut menawarkan empat pilihan warna di mana yang paling menyerlah ialah Candy Ultimate Pink.

Tiga warna lain ialah Candy Caribbean Blue Sea, Pearl Valentine Red dan Lemon Ice Yellow.

Harga disyorkan untuk Honda MSX 125 ialah RM11,128.94 (dengan CBP kecuali cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

Untuk ketenangan minda, BSH menyediakan dua tahun waranti atau 20,000 km, yang mana dahulu.

Google ads
Back to top button