
MASALAH KEKURANGAN CIP TERUS HANTUI PENGELUARAN KERETA BARU 2023 – VW
Tahun 2023 akan terus menjadi satu tempoh yang agak mencabar buat para pengeluar disebabkan masalah kekurangan cip semikonduktor yang masih lagi belum reda.
Menurut laporan, Volkswagen mengakhiri tahun 2022 dengan prestasi jualan yang positif, di mana segmen kenderaan elektrik meningkat 23.6 peratus di peringkat global kepada 330,000 unit.
Namun, jumlah jualan keseluruhan menurun sebanyak 6.8 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2021, atau 4.56 juta kenderaan sahaja.
Di China, Volkswagen berjaya menggandakan jualan EV kepada lebih 143,100 unit yang merangkumi model hatchback ID.3, crossover ID.4 dan SUV ID.6.
Mereka menjangkakan angka itu akan terus meningkat dengan kehadiran model ID.3, sedan ID.7 serta minivan ID.Buzz.
Ahli lembaga jualan dan pemasaran Volkswagen AG, Imelda Labbe berkata, Volkswagen kini memegang jumlah tunggakan yang tinggi disebabkan oleh masalah rantaian bekalan yang berterusan.
VW menjangkakan masalah itu akan reda pada tahun ini dengan pengeluaran kembali stabil selepas itu. – Autocar









